Thursday, December 25, 2008

Kulat

Kulat ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrient ke dalam selnya.
Kulat digunakan secara meluas oleh manusia:ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangan cendawan merupakan industri yang besar di banyak negara.
Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dinampak ketika roti lama bercendawan.
Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.
Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain.
Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kadang-kadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan.
Bagaimanapun , berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menginges makanannya,serta mempunyai dinding sel. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri, iaitu alam Kulat.
Ahli mikologi (ahli sains yang mengkaji kulat) mempercayai bahawa kulat adalah monofoli, iaitu semua jenis kulat datangnya daripada leluhur yang sama kerana kesemua kulat mempunyai kitin di dalam dinding selnya dan merupakan heterotrof berdaya serap, selain daripada ciri-ciri serupa yang lain.

No comments:

Post a Comment