Thursday, December 25, 2008

Soto Berempah Sensasi

Bahan-bahannya:
6 cawan air
2 kiub sup bunjut
1 camca besar stok pekat
½ camca teh serbuk kunyit
250 gm hirisan daging ayam
300 g mi kuning, dicelur
1 cawan tauge, dibuang ekor dan dicelur
1 tangkai daun sedari, dipotong 1 cm panjang
1 pokok daun bawang, dihiris
¼ hirisan bawang goreng
3-4 biji cili padi ditumbuk halus dan digaul dengan
2 camca teh kicap air

Cara-cara menyediakannya:
1) masak air hingga mendidih
2) masukkan kiub sup bunjut dan renehkan selama 30 minit
3) masukkan stok pekat, serbuk kunyit dan ayam. Kacau ia sehingga sebati.
4) Masak selama 5 hingga 10 minit atau sehingga ayam masak.
5) Semasa dihidangkan, letak mi di dalam mangkuk berasingan
6) Masukkan bahan hias dan tuang sup panas ke atas mi.
7) Hidangkan dengan campuran cili padi

No comments:

Post a Comment