Thursday, December 25, 2008

Sindrom Savant

SINDROM Savant (cendekiawan) dikenali sebagai keadaan yang jarang berlaku di mana individu dengan masalah perkembangan (otak), seperti ciri autisme mempunyai satu atau lebih kepakaran,keupayaan atau kebijaksanaan yang bertentangan dengan keupayaan keseluruhan individu tersebut.Golongan yang juga dikenali sebagai savant autistik ini mempunyai IQ antara 60 hingga 70 sahaja tetapi menampilkan keupayaan luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, menghafal (memori) atau kesenian (muzik,lukisan). Hampir enam kali ganda savant autistik adalah lelaki. Ini dikaitkan dengan bilangan kes autisme lebih kepada jantina tersebut. Dianggarkan kurang 50 penghidap sindrom savant yang bijaksana masih hidup kini, daripada hanya 100 individu yang diperakui sebagai cendekiawan

No comments:

Post a Comment