Thursday, December 25, 2008

TAHUKAH ANDA CARA YANG BETUL UNTUK MENYIMPANNYA?

1) Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu disimpan di tempat sejuk, kering dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya ialah antara 9 hingga 10 darjah Celcius.
2) Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu.
3) Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik.
4) Rak tersebut perlu diletakkan 10 cm jauh dari dinding dan di bahagian bawah rak tersebut hendaklah 23cm tingginya dari lantai supaya senang dibersihkan.
5) Apabila menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini perlu yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas.
6) Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan itu. Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya terdapat peraturan yang mengehendakinya selepas botol itu dibuka.
7) Mentega dan merjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
8) Makanan campuran atau makanan siap sedia, terutama sekali yang mempunyai campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan hendaklah digunakan dengan seberapa cepat.
9) Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan kedap udara.
10) Makanan sejuk beku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak berbahaya sekiranya makanan sejuk beku disimpan lama tetapi ini akan mengubah bentuk,warna, tekstur dan juga rasanya.

Pengisar sentiasa tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini,mata pengisar akan kekal tajam.

Melembutkan daging/ayam kampung
Untuk melembutkan daging atau ayam kampung, mudah sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama atau kos yang tinggi. Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebuslah ia sehingga daging/ ayam kampung masak. Insya-Allah daging/ayam tadi akan manjadi lembut.

No comments:

Post a Comment