Thursday, December 25, 2008

Menara Berkembar Petronas

-Ia dibina di atas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.
- Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88 tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan reka bentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.
-Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.
-Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
-Terdapat 12 biji lampu di sekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM 15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM 270 juta.
-Di bawah Menara Berkembar Petronas merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.
-Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang direka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.
-Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.
- Menara Berkembar Petronas mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42.
-Laluan tersebut adalah setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter.

No comments:

Post a Comment